Apa yang nak saya ceritakan disini ialah tentang Taska saya.
Taska Junior Hayati nama diberi
Nama diberi sempena nama sendiri
12 tahun pengalaman amat terperi
ilmu pengasuhan terus digali dan dicari
Anak2 membesar cepat sekali
Dunia terus berputar berkali-kali
Ilmu pengasuhan sentiasa bertali-tali
Teruskan usaha untuk mencari gali
PENGENALAN
.jpg)
Taska Junior Hayati telah beroperasi sejak tahun 1998, dimana ia memberi pilih
an alternatif kepada ibubapa dengan meninggalkan anak-anak untuk penjagaan dan pembelajaran yang tersusun dan terancang. Kanak-kanak adalah merupakan individu yang sedang mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dimana perkembangan setiap kanak-kanak itu berbeza diantara satu kanak-kanak yang lain.
MATLAMAT KAMI
Kami mengambil inisiatif ini untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak dapat memperoleh pelbagai pengalaman dan pembelajaran samada secara individu, kelas ataupun dalam kumpulan.seterusnya menjadi yakin, berdikari dan bersedia untuk menempuh alam persekolahan.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti disediakan sila lihat profil.
MAKLUMAN
Kami warga Junior Hayati ingin menjemput dan mempelawa ibubapa yang mempunyai anak2 berumur antara 4 - 15tahun keProgram Melukis Bersama Artis pada 27 Jun 2009/Sabtu,Masa 8.30pagi -1.30tengahari, dialamat No.3, Jalan Desa 6 / 6, Bdr Country Homes Rawang.Yuran Rm 20.00seorang.Pelbagai acara disediakan dan hadiah untuk dimenangi.Sila hubungi: 012-2166106/03-67332924 sebelum 24 Jun 2009.Cepat tempat terhad.Isikan masa hujung minggu anak anda dengan perkara yang berfaedah.

Alhamdulillah, nampaknya saya tidak keseorangan dalam mempromosi/memberi pengetahuan mengenai TASKA setakat yang mampu kepada masyarakat melalui kemudahan internet. Dijemput untuk mempromosikan TASKA Puan melalui blog malaysiantaska.blogspot.com . Maklumat ada saya sertakan diblog tersebut. Terima kasih.
ReplyDeleteterimakasih, mempelawa saya untuk promosi taska saya.kongsi pengalaman dgn saya dlm face book dan berikan kritikan.
ReplyDelete