Wednesday, June 17, 2009


Ini kisah Ikan Pelangi Yang Sombong.Mari dengar ini cerita.


Bergambar bersama Puan Saki Sasamori


Wednesday, June 10, 2009


Kenangan mengusik jiwa




Pandai adik pandai
macam ni rupanya nak bentukkan badan........










post kali pertama.

Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera.Hajah Norhayati bt Hj Abdul Rani nama diberi, punya suami dan 3 orang anak masing2 berumur 23thn(lelaki),15 dan 10thn (perempuan).Pengalaman 10thn dalam bidang pendidikan awal kanak2,telah mengikuti kursus KAAK dan kursus2 yang berkaitan dengannya.Selama 10thn mengendalikan taska banyak onak dan duri telah ditempuhi,baik pengalaman dari kanak2,ibubapa, pekerja mahupun masyarakat umumnya.Namun masih ada dikalangan masyarakat masih belum memahami apa itu Taska dan cara pengendalian sesebuah Taska itu.Dikalangan anak2 muda mereka beranggapan bahwa bekerja diTaska tak ada standard,ingin bebas dan leceh.Manakala dikalangan dewasa pula bekerja diTaska bak melepaskan batuk ditangga. Inilah pengalaman2 yang telah saya lalui.Uhh..... penat2 nak layan kerenah ini sebenarnya.Klu ikutkan dah nak give up!Tetapi apakan daya,oleh kerana sayangkan karier inilah saya masih meneruskannya demi anak bangsa dan negara tercinta.Ehwah.......camne?.Alhamdullilah dengan berkat dan doa dari keluarga , rakan2 dan taulan,pejam celik,pejam celik dah masuk 12 tahun.
Apa yang nak saya ceritakan disini ialah tentang Taska saya.
Taska Junior Hayati nama diberi
Nama diberi sempena nama sendiri
12 tahun pengalaman amat terperi
ilmu pengasuhan terus digali dan dicari

Anak2 membesar cepat sekali
Dunia terus berputar berkali-kali
Ilmu pengasuhan sentiasa bertali-tali
Teruskan usaha untuk mencari gali

PENGENALAN
Taska Junior Hayati telah beroperasi sejak tahun 1998, dimana ia memberi pilih
an alternatif kepada ibubapa dengan meninggalkan anak-anak untuk penjagaan dan pembelajaran yang tersusun dan terancang. Kanak-kanak adalah merupakan individu yang sedang mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dimana perkembangan setiap kanak-kanak itu berbeza diantara satu kanak-kanak yang lain.
MATLAMAT KAMI
Kami mengambil inisiatif ini untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak dapat memperoleh pelbagai pengalaman dan pembelajaran samada secara individu, kelas ataupun dalam kumpulan.seterusnya menjadi yakin, berdikari dan bersedia untuk menempuh alam persekolahan.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti disediakan sila lihat profil.
MAKLUMAN
Kami warga Junior Hayati ingin menjemput dan mempelawa ibubapa yang mempunyai anak2 berumur antara 4 - 15tahun keProgram Melukis Bersama Artis pada 27 Jun 2009/Sabtu,Masa 8.30pagi -1.30tengahari, dialamat No.3, Jalan Desa 6 / 6, Bdr Country Homes Rawang.Yuran Rm 20.00seorang.Pelbagai acara disediakan dan hadiah untuk dimenangi.Sila hubungi: 012-2166106/03-67332924 sebelum 24 Jun 2009.Cepat tempat terhad.Isikan masa hujung minggu anak anda dengan perkara yang berfaedah.